
Assalamu'alaikum....
This article has been forwarded to me by my sister.
I guess it is a very goodone......have a pleasure reading and practice it if you think it's good.
Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kirajantina, bangsa, pangkat dankerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke perabot yang berasal dari Arab inipada tahun 1997.
Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun baru-baru inisaya bertemu sekali lagi dengan beliaukerana tugas.
Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah "MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,".
Saya tersenyum sambil membalas, "Tuan pula semakin kacak dan segak,".
Segera beliau menyampuk,"Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu barucakap perkataan tadi,
"Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah, tuan semakin kaca dan segak sekarang,"
Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu tambah perkataan MasyaAllah tadi?"Jawapannya ringkas,
" Elakkan panahan mata,"Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,
"Panahan mata apa? Saya tidak merenung pun mata tuan,
"Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang dari Allah.
Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau MasyaAllah.Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji orangkerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya
atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik,
berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempohterdekat
tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di mukaatau ditubuh.Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuatkerja atau menjalankan amanah tiba-tibaditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja.Itulah yang dikatakan panahan mata,
"Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ?Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hatiikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujiankepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lainuntuk berbuat demikian.
Di negara saya yangberpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata.
Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan.Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak
pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuanpunya diri tidak selalu kena malang.
Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja," jelasnya Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas.
Jika ada kebaikan ambil dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya. Wassalam.