Friday, August 7, 2009

Seorang gadis itu ...


yang lembut fitrah tercipta,halus kulit, manis tuturnya,

lentur hati ...telus wajahnya,setelus rasa membisik di jiwa,

di matanya cahaya,dalamnya ada air,sehangat cinta, sejernih suka,

sedalam duka,ceritera hidupnya ...


seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,penuh cinta, sayang semuanya,cinta untuk diberi ...

cinta untuk dirasa ...namun manjanya bukan untuk semua,bukan lemah, atau kelemahan dunia ...

ia bisa kuat,bisa jadi tabah,bisa ampuh menyokong,pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,lembutnya bukan lemah,tabahnya tak perlu padajasad yang gagah ...


seorang gadis itu ...

teman yang setia,buat Adam dialah Hawa,

tetap di sini ...

dari indahnya jannah,hatta ke medan dunia,hingga kembali mengecap ni'matNya ..


seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,yang suci hatinya,tabah & tenang sikapnya,teman ar-Rasul,pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,menyimpan ílmu,si teman bicara,dialah Áishah,

penyeri taman Rasulullah,dialah Hafsah,penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,meski dicaci meski dikeji,itu hanya cerca manusia,

namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,meniti hidup seadanya,puteri Rasulullah ...

kesayangan ayahanda,suaminya si panglima agama,di belakangnya dialah pelita,cahya penerang segenap rumahnya,ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,dengan dua tangantegar melindung khalifah,

meski akhirnya bermandi darah,meski akhirnya khalifah rebah,

syaheed menyahut panggilan Allah.


seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,dengan teguh áqidahnya,dengan utuh cinta yang terutama,Allah jua RasulNya,dalam ketaatan penuh setia .pemelihara maruah dirinya,agama, keluarga & ummahnya ...


seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,membentuknya perlu kebijaksanaan,kesabaran dan kemaafan,keyakinan & penghargaan,tanpa jemu & tanpa bosan,memimpin tangan, menunjuk jalan ...


seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,gadis akhir zaman,era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,sucinya perlu tabah,cintanya tak boleh berubah,tak bisa terpadam dek helah,dek keliru fikir jiwanya,kerna dihambur ucapkata nista,hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,mantap iman mengunci jiwanya,dari lemah & kalah,dalam pertarungan yang lama ...

dari rebah & salah,dalam perjalanan mengenali Tuhannya,dalam perjuangan menggapai cinta,ni'mat hakiki seorang hamba,dari Tuhan yang menciptakan,dari Tuhan yang mengurniakan,seorang gadis itu ...

anugerah istimewa kepada dunia!


seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,sebagai ábidah, daíyah & mujahidah,pejuang ummah ...

anak ummi & ayah,muslimah yang solehah ...kelak jadi ibu,membentuk anak-anak ummah,rumahnya taman ilmu,taman budi & ma'rifatullah ...


seorang gadis itu ...

moga akan pulang,dalam cinta & dalam sayang,redha dalam keredhaan,Tuhan yang menentukan ...seorang gadis itu dalam kebahagiaan!Moga ar-Rahman melindungi,merahmati dan merestui,

perjalanan seorang gadis itu ...

menuju cintaNYA yang ABADI!

Kasih MAMA


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru

bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.

Si ibu menyambut dengan senyum meleret.

Dibuka selimut yang

menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut

berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat

melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika.

Dakapan dan ciuman silih berganti

sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,

sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping

telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis

memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat,"katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak.

Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.

Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang

pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.


Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.

Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,

" kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai

manusia baru, kacak serta bijak.

Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.

Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda

ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik,

pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.

Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps :Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.

Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya,sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPA KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,


'love u mom'


'"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginyajalan keluar.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akanmencukupkannya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yangdikehendakiNya.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiapsesuatu."
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh. "Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang.
Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.
Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat.
"Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi.

Dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu". Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.
Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri.