Thursday, August 20, 2009

malam LAILATUL QADAR

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam QadAr.
Sudahkah kamu tahu, apakah malam Qadar itu ? Malam Qadr itu lebih utama daripada seribu bulan. Turun Malaikat dan Roh pada malam itu, dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.": (Q.s.al-Qdr :1-5)

Allah s.w.t.telah menurunkan (ayat yang pertama) dari al-Quran pada
malam Qadar yaitu malam kemuliaan atau malam ketentuan.Allah s.w.t.
telah menganugerahkan satu kemuliaan yang tertinggi (al-Quran)kepada
Nabi s.a.w.dan juga malam kemuliaan itu telah diturunkan malaikat dan
jibril untuk mengatur segala urusan.Malam itu juga disebut dengan malam penentuan,karena pada malam itu telah ditetapkan suatu ketentuan apa yang perlu ditempuh oleh Nabi s.a.w.

Nilai malam itu begitu tinggi sehingga melebihi daripada seribu
bulan.Berbahagialah sesiapa yang memperoleh malam yang mulia dan penuh kelebihan itu. Malam yang mulia itu juga disebut dengan malam yang dipenuhi keberkatan (Q.s.Addukhan:3).

Oleh itu marilah kita usahakan bersungguh-sungguh melipat gandakan ibadah kita semasa bulan Ramdhan, terutama sekali sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan supaya kita dapat memperoleh anugerah yang paling istimewa yang melebihi seribu bulan.

Alangkah beruntungnya mereka yang dapat menghidupkan malam Ramadhan dengan menunaikan Ibadah solat, berzikir, mengaji al-Quran mendengar hal-hal yang berguna, mengulang kaji berkenaan Puasa, Solat, Zakat fitrah dan berbagai Ilmu Pengetahuan yang boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t.dan dengan sesama manusia.

Mereka yang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
menghidupkan malam Ramadhan dengan solat traweh, berzikir, mengaji
al-Quran, mempelajari Ilmu Pengetahuan yang berguna terutama sekali
berkenaan ibadah Puasa, dengan demikian dapatlah ia menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan baik dan diterima Allah Ibadahnya itu serta mendapat balasan yang berlipat ganda melebihi seribu bulan.
Semoga keselamatan yang diperoleh hingga terbitnya fajar, amin.

Insya Allah kita diketemukan Allah kembali.

No comments:

Post a Comment